Rabu, 8 Ogos 2012
Selasa, 7 Ogos 2012
Penduduk bingung pelbagai usaha halau gajah liar gagal
BALING: Penduduk Kampung Kaki Bukit, Rambong Batu Tujuh di sini
bingung apabila pelbagai usaha mereka dan pihak berkuasa gagal
menghalau sekumpulan gajah liar yang memusnahkan tanaman mereka
sejak Khamis lalu.
Mereka mendakwa sudah melakukan pelbagai usaha, termasuk berjaga
malam bagi mengawal kebun penduduk, selain melepaskan tembakan ke
udara bagi menghalau haiwan liar itu, tetapi ia kembali dan
memusnahkan tanaman mereka.
Takut gajah mengamuk
BALING: Penduduk Kampung Kaki Bukit, Rambong Batu Tujuh, dekat sini,
bimbang keselamatan mereka jika sekumpulan gajah yang berkeliaran di
hutan berhampiran hingga merosakkan tanaman, kembali mengamuk.
Setakat ini,
penduduk kampung difahamkan tidak berani lagi keluar untuk menoreh
getah kerana bimbang haiwan itu mengamuk.Mereka mendakwa pelbagai usaha dilakukan untuk menghalau gajah itu termasuk menggunakan tembakan senapang patah ke udara, mercun dan meriam karbaid untuk menghalau haiwan berkenaan, tetapi tidak berhasil.
Malah, gajah itu semakin berani apabila masuk ke kampung pada malam kelmarin dan turut memusnahkan tanaman penduduk termasuk pisang, durian, dokong, kelapa, nenas dan getah.
Penduduk kini terpaksa berjaga malam sejak beberapa minggu lalu untuk menghalau gajah liar itu yang dipercayai lima sekawan yang berkeliaran di hutan berdekatan kawasan kampung.
Penduduk, Fakrulrazi Ahmad, 45, berkata semua tanaman pisang di kebunnya musnah sama sekali dibaham gajah itu dalam beberapa kejadian sebelum ini dan terbaru, malam kelmarin.
Menurutnya, dia kini tidak berani ke kebun untuk menoreh getah akibat terlalu bimbang berlaku kejadian tidak diingini jika diserang gajah itu.
“Sudah lebih sebulan, saya dan penduduk lain tidak menoreh getah kerana takut serangan gajah liar berkenaan yang dipercayai datang dari hutan Gunung Inas yang bersempadan dengan Hulu Perak.
“Malah, saya meminta pihak berkenaan menangkap gajah itu untuk dipindahkan ke kawasan lain kerana semakin banyak berkeliaran di kebun hingga menjejaskan mata pencarian,” katanya.
Penduduk, Othman Md Noor, 43, berkata pelbagai usaha untuk menghalau gajah itu termasuk bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dilakukan tetapi gagal.
“Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan rata-rata penduduk mulai ketakutan untuk ke kebun menoreh getah kerana bimbang terserempak dengan haiwan itu yang masih berada di kawasan hutan berhampiran.
“Saya juga meminta pihak berkaitan turun padang melawat kampung ini dan membantu penduduk kerana terpaksa berjaga siang dan malam untuk mengelakkan gajah itu memusnahkan tanaman,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kampung itu, Omar Yaakob, 56, berkata penduduk terpaksa bersengkang mata setiap malam untuk menghalau gajah itu sejak sebulan lalu.
Menurutnya, kumpulan gajah terbabit masih dilihat berkeliaran serta turut memusnahkan tanaman penduduk sehingga malam kelmarin walaupun menghalaunya dengan melepaskan tembakan ke udara.
Beliau juga berharap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bayu, Salleh Yaakob turun padang membantu penduduk menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sepatutnya wakil rakyat masuk dan memberi bantuan untuk penduduk yang berjaga siang malam termasuk memberi peluru senapang, sebaliknya penduduk berpakat mengutip wang sendiri,” katanya
Langgan:
Catatan (Atom)